Sep 30, 2005

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..

Alhamdulillah..walau dalam kesempitan masa: untuk terus jihad dengan exam, assignment, dan segala macam hal dunia..masih juga ada masa untuk telek blog ni.

Tempat aku bercerita :) kepada siapa yang sudi menadah telinga dan menghamba mata...

"Semua orang ada 24 jam, Long"

Betul kata Abg Fauzul :)

Dan, waktu yang lapang..selalu tak diguna baik. Iya, inilah kealpaan yang sering jadi hantu dalam diri manusia, terutama aku.

Ramadhan hampir tiba. Allah, rasanya macam baru semalam kucup tangan mak dan ayah masa Hari Raya :) Kini, tak sampai seminggu, khalifah Tuhan akan kembali berpuasa.

Puasa: no makan, no minum dan no more perkara yang akan membatalkan puasa a.ka. puasa batin. Ikut terma dan syarat ya :)

Hem, puasa batin. Puasa dari segala sifat keji. Umpat orang, sakitkan hati orang..segalanya :) Bulan Ramadhan sebagai medan atau pusat tarbiyah kepada kehidupan baru. Kita diberi peluang untuk membanyakkan amalan, mengumpulkan pahala, dan mencuci jiwa. Ini masa kita dekatkan diri pada Allah:)

Maha suci Allah yang menurunkan segala.

Erm..puasa ni bukannya mati pun. Jika ikutkan hari biasa kita, kadang-kadang kita sampai terlupa nak makan atau tertinggal waktu makan jika terlalu 'sibuk'. Tapi..yang hairannya, jika masuk je bulan puasa..tiba-tiba kita jadi lemah. Tiba-tiba rasa sistem saraf badan terhenti..isk-isk.

Ada pulak yang tetiba dapat gastrik. Aduhai..

Guest trick?? Hehe...satu cerita tentang tetamu mat saleh yang buat trick sebab tak tahan lapar :)

Puasa dari sudut kesihatan memang tak kurang hebatnya. Puasa tolong bersihkan badan. Hum..perut ni banyak toksik, asid dan macam-macam lagi benda alah yang selalu kasi kita sakit :)

Bila puasa, sistem badan dapat rehat. Jika kita kasi perut ni proses terus menerus tanpa henti, abislah. Kita pun kalo keja 24 jam mau rasa nak bakar tempat kroje. Badan kita perlu rehat, kan?

Insyaallah..bukankah semua arahan Tuhan itu penuh dengan barokah? ^-^

Nak dapat double pahala? Buatlah amalan dengan penuh keikhlasan. Iya, kita cube penuhi amalan ini dengan hati telus kerana merasakan kita ni hamba. Jika jadi hamba, kenalah buat suruhan TUAN BESAR, kan?

Siapa Tuan? Allah..yang masih memberi kita peluang walau kita sering terleka..

Ayuh, sambut Ramadhan dengan penuh rasa syukur. Alukan ia dengan rasa kasih, moga bulan mulia ini akan membantu kita untuk membersihkan hati dan membentuk peribadi yang lebih baik..insyaAllah :)

:) nak ke Morib untuk kongsi ilmu "Selangkah ke Alam Remaja". Erk, kurma dah habislah..

No comments: